Monday, July 28, 2008

Selamat Datang Semester Baru!!!

Bermulanya semester baru bermakna
sudah bermulalah saat utk kami menjalankan tugas yg diamanahkan..
Yeap!!
kami sgt teruja dan berdebar-debar..
berdebar-debar utk ape??
sebab kami semua bimbang jika tidak mampu
menjalankan tanggungjawab yg kami sendiri pilih ini dgn baik..
Smoga Allah sentiasa membantu kami..
Aminnn..
:)

Pembuka tirai sem ini kami mulakan dgn
aktiviti berniaga sempena hari pendaftaran
pelajar-pelajar baru ambilan Julai 2008/2009
bila bercerita ttg ambilan baru
mestilah mereka dtg lebih awal dr senior2 kan?
Jd kami pon turut serta memeriahkan lg hari pendaftaran tersebut..
:)


Waktu tu Blok A jual makanan yg verry the simple n shedap..
ape taknya..
Menu kami semudah ABC
Nakt taw ape kami jual??

Alahhhh sempoi ajer..
janji sedap n org suka banget..
Tadaaaaaa


**********
*******
****
***
**
*


::Menu Aura Corner Kite hari tu adalah
Nudget+Fries+Air Mineral & Kordiel+Keropok Lekor+Jagung manis::


:: See?? Bersungguh-sungguh ayu n ila nak masakkan Jagung manis tu.. ::


::Ohh ye, inilah pengarah program kami..
yg tgh2 tu, namanya Kak Aya.. Exco Keusahawanan Blok A::


:: Ketua Blok Kami.. Kak Dilla.. :) ::




Nak jadikan cerita, semua makanan yg dijual habis awal..
tak masuk tgh hari lg la time tu..
Puan Hamidah ada datang melawat n cakap kat kami carilah ape2
yang patut untuk dijual..
sbb nampaknya ramai student n parent yg baru datang..
Kami pon tak tau ape yg nak di jualkan..


Dan....
Nsib baik ada cik kak yg pandai masak ni..
dia la bg idea utk masak menu yg senang n sedap..
So ape lagi ditunggu
semua barang2 dah dibeli
mari bersilat didapur ye tuan2 dan puan2..


::Perkenalkan yg tgh peace tu..
Nurul namanya..
pandai masak tau.. jgn main2 na.. :) ::


::Kami yang membantu.. bantu je lah.. hehe ::




Settle jer masak mee goreng satu kuali..
kami nak masak Kueh Teow Goreng pulak..
tup2 hujan turun dengan lebatnya..
Cepat2la kami selamatkan harta benda..
kang lain plak yg jadi ye tak?


:: Lebat sungguh hujan time ni.. basah kuyup la jugak kami semua.. ::


:: Jiran sebelah pon basah jugak tau.. Kiranya sama2 basahlah kat sini.. =) ::



Dugaan yer disini..
time nih masing2 tiba2 dapat menyelami
perasaan org2 yg meniaga dekat tepi2 jalan tu..
Kita baru sehari pon tak sampai..
mereka tu setiap hari menghadapi benda yang sama..
Bersyukurla jadi Cikgu..
hehehe.. Tiba2 pulak yer..
=p
tp kira rezeki jugak la hari tu kan..
Kueh teow tu dapatlah jadi makan tgh hari kami..
Alhamdulillah..


**Bertemu lg dilain entri**
Salam
=)






Saturday, July 26, 2008

Kisah Tiga Sahabat

Al kisah adalah 3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Ghuyub seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Kulop pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya.

Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.

"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?

"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."

"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya", cerita si pencuci batu sungai itu lagi.

Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.

Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan malamnya.

"Lato', kami datang nak makan." sapa Ghuyub
"Hoi! Makan boleh lain kali la...kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot pada Ghuyub sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua tersebut.

"Oooo...mau jadi kaya hoh? Boree...borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa Jepun yang mencurigakan.

"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua itu kepada mereka bertiga (seperti yang di'translate'kan oleh kucing di gua itu kepada saya dalam bahasa baku).

Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran mereka nanti.

"Senang je ni...aku nak bawak buah langsat la" kata Ghuyub dalam hati.

Esoknya adalah giliran Ghuyub untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersama-samanya di bawa setangkai langsat.

"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir sebelum kamu perolehi kekayaan ialah....." pendita tua tu bagi Ghuyub suspen..

"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu. Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."

Ghuyub yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.

Akhirnya...berjayalah Ghuyub memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong emas. Ghuyub pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang diidam-idamkannya selama ini.

Hari kedua merupakan giliran Kulop. Apabila dilihatnya Ghuyub sudah mendapat 1 jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir "Ada baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong emas".

Maka berlakulah perkara yang sama kepada Kulop. Dia juga berjaya dan pulang membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.

Nyot yang hairan bertanya kenapa Kulop berjalan terkangkang-kangkang itu.

"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi", jawab Kulop selamba.

Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Kulop yang berjaya membawa pulang 2 jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila aku bawak buah-buah ni semua", katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.

Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku"

Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot....dia terus jatuh pengsan....sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang dibawanya SATU LORI!!!








Thursday, July 24, 2008

Al kisahnya sebelum Julai 2008


A
ssalamualaikum wbt...
Sebelum kami bercerita dgn lebih detail lg
ttg aktiviti-aktiviti kami di blok A
mari kami paparkan sedikit aktiviti kami sebelum menjejakkan kaki
ke sesi julai 2008/2009..
=)


************


Selepas kami semua berjaya menjalani sesi temuduga
utk jawatan Ajk blok dan Re blok
Kak dilla dan MT lain telah buat satu perjumpaan ringkas
[Kak Dilla adalah Ketua Blok A]
dengan semua Ajk dan Re yg telah terpilih dgn rasminya..
perjumpaan itu telah diadakan
pada hari khamis 19 April 2008 (5 pm)
bertempat dibilik bacaan blok A..


Pada pertemuan kali pertama ini
kami lansungkan tanpa Puan Felo kami,
kerana seperti biasa
pertama kali berkenalan antara satu sama lain
[walaupun ada yang dah kenal dulukan.. kira baru kenal gak lah.. heheh]
pertemuan ini lebih kepada ta'ruf sesama
Majlis Tertinggi, exco dan rakan exco...


Alhamdulillah, semua bagi komitmen..
yelah baru pertama kali nak jumpakan..
haruslah bagi komitmen setinggi2 yang blh kan..
[kang i fired u mau ker?? hehehe]


Inilah keadaan kami waktu tu..
semua duduk dgn klik masing2..
yer la even duduk satu blok pun
jarang berjumpa..
so rasa malu n segan itu harus ado.. =p












Perbincangan lebih menjurus kepada
memperkenalkan diri masing dan beberapa isu lain yg
diklasifikasikan sebagai P&C..
hehehe
harus lah ada suspen kan..
:)

Perjumpaan ini bukan lah perjumpaan pertama dan terakhir kami..
sebelum cuti semester kami ada
buat perjumpaan dengan Puan Izan..
Dalam meeting tu kami ada bincang ttg program2
yg akan datang..
[kiranya yg telah kami lansungkan skrg & akan dtg... InsyaAllah]


Smua biro telah bentangkan cadangan masing2..
mana2 yg lebih kurang tu kami gabungkan saje..
Bykla jugak perkara yg dibincangkan dan diajukan..
tp seperti biasalahkan..
P&C itu harus menjadi pegangan kami..
[kalau tak mana nak ada suspennya.. heheheh]


Tp time meeting ngan Puan terlupa plak nak snap gambar..
lg pon time tu blum terlintas nak bangunkan Teratak Aura ni..
thats why no one take pictures.. :)



**Bertemu di entri berikutnya..**
Salam..
=)






Sunday, July 20, 2008

Mulanya Disini

Assalamualaikum, dan slm sejahtera diucapkan..
dengan lafaz basmalah,
maka lahirlah sebuah media penghubung diantara
ajk Blok A Kolej Za'ba dgn seluruh warga Blok A khususnya
dan seluruh warga Kolej Za'ba amnya..


Julung-julung kalinya kami,
barisan Ajk Blok A menubuhkan laman blog ini.
Tujuan utama kami tidak lain tidak bukan
adalah untuk memperkenalkan lagi
Blok kami ini dan juga kolej Za'ba.
Seterusnya Universiti Pendidikan Sultan Idris itu sendiri.


Laman blog ini bertujuan untuk mendekatkan lagi para Ajk
dengan penduduk Blok A.
Kami akan sentiasa update mengenai
aktiviti-aktiviti yg di jalankan oleh Blok A..
Info-info yg berguna juga membawa manfaat kpd kita,
insyaAllah..

:: Antara AJK Blok A yang hadir ::


Selain itu para pembaca juga blh memberi
komen di setiap entri yg keluarkan..
setiap pandangan, pendapat dan komen-komen anda
amatlah kami alu-alu kan..

Dengan kewujudan blog ini,
kami mengharapkan agar ukhwah yg terbina diantara
kita akan bertambah erat dan subur..