Friday, October 17, 2008

Otak Wanita dan Otak Lelaki

Terdapat pelbagai cara untuk menguji
keunikan tubuh badan kita,
di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.
Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma lakukandan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam
perenggan dibawahdalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT

OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY

COMBINED WITH OF YEARS


Dah selesai???
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!!!


********************


***************


**********


******


****


***


**


*



OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS

OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH

THE EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN


**Bertemu lagi dilain entri**
Salam
:)




Saturday, October 4, 2008

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Seronok pulak baca pantun kat bawah ni..
Memandangkan kte semua dr pelbagai negeri..
dan sesuai plak dgn musimm raya ni..
mood raya belum habisla katakan..
jom lah hayati sama2..
Bak kata org lawak jenaka ni blh kurangkan stress..
:)



Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


**Bertemu lg di entri seterusnya**
Salam
:)




Doakan Kejayaan kita bersama

Sekarang blok kita dalam proses gerak kerja
utk program baktisiswa ke melaka..
tentu korang semua dah ada yg isi nama dekat pin board
utk join baktisiswa ni kan??
hopefully anda semua yg willing nak join this program will
give full comitment n support..
kerana tanpa itu semua tak mungkin
program ini dapat dijayakan dgn cemerlang..
Selain usaha doa pun penting jugak..
Jgn lupa selitkan doa utk program kite ye ble bersolat nnti..
:)



Naik cuti raya ni kita semua akan sambung balik kerja2 utk
baktisiswa ke melaka ni..
Kte perlu buat persedian awal supaya tak kucar kacir nnti..
lagi pun insyaAllah sedaya upaya kami mencuba
utk tdk mengganggu semua yg terlibat
dgn baktisiswa ni time exam nnti...



Berusaha dan berdoa supaya segalanya akan
menjadi baik okeh??
Terasa berdebar dan teruja bile kenangkan program ni..
Berdebar kerana masing2 pertama kali
handle program besar seumpama ini..
Teruja kerana tak sabar nak merasai pengalaman disana...
Smoga segala urusan dipermudahkan...
Aminnnnn..


**Bertemu lg dilain Entri**
Salam
:)





Friday, October 3, 2008

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )








19 Hadith Rasulullah SAW mengenai wanita..

Buat renungan teman2 semua..
tidak kira lelaki atau wanita..
semuanya saling memrlukan ilmu didada..
buat bekalan ke akhirat nanti..
=)


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

**Bertemu lg dilain entri**
Salam
:)





Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri


Dikesempatan ini kami
Barisan Jawatankuasa Blok A
dan Felo Blok A Puan Wan Asparizan Bt Wan Nordin
ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
smoga lebaran ini membawa seribu rahmat kepada kita semua...

Tp sebelum tu ingin sy ingatkan
jgn lupa balik ke kolej semula ek...
kelas kita semua start semula on 6/10/08...
Dan jangan lupa
sama2 memeriahkan sambutan hari raya peringkat kolej
insyaAllah pd 12/10/08..
Salam lebaran
berhati-hati dijalan raya..
jgn lupa duit raya..
hehehe


**Bertemu lg di lain Entri**
=)




Friday, September 26, 2008

Our next Programme

Utk pengetahuan semua..
blok A akan menganjurkan program insyaAllah
pd penghujung bulan november ini..
program ini under biro akedimik Blok A
berbentuk baktisiswa..
insyaAllah lokasinya di Jasin, Melaka
so pengarah program kita kali ni adalah


:: Ayu.. Ajk Akademik Blok A::


Di pihak urus setia
kami dah buatbeberapa kali meeting dgn ajk blok dan
1 kali meeting dgn JMK yg join kami nnti..
Manakala pengarah program sudah
membentangkan Paper work ni dgn En. Anuar pengetua kolej kita..
Alhamdulillah dah lulus di peringkat kolej..
budget yg di pohon di pihak kolej juga dah lulus..
Syukur..

Sekarang ni tinggal di pihak HEP plak..
hopefully segalanya akan ok..
harapan kami smoga smua urusan
berkaitan program ini dipermudahkan Allah..
tak kiralah dr segi ape pun...
harapan kita sgt lah besar terhadap program ini..
Ya Allah.....
Bantulah hamba2 Mu ini..
Amin amin ya rabbul 'alamin







Wednesday, September 24, 2008

Fathimah Azzahra - Puteri Rasulullah

Fathimah Radhiallahu Anha, Puteri dari Rasulullah


Fathimah rha. adalah Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Dia adalah puteri yang mulia dari pemimpin para makhluq, Rasulullah SAW, Abil Qasim, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim. Dia besar dalam suasana kesusahan. Ibundanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas mengurus rumahtangga seperti memasak, mencuci dan menguruskan keperluan ayahandanya. Dia juga digelari Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab. Fathimah rha. lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Utsman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kultsum. Dia adalah anak yang paling dicintai Nabi SAW sehingga beliau bersabda :"Fathimah rha. adalah darah dagingku, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan apa yang mengganggunya juga menggangguku." (Ibnul Abdil Barr dalam Al-Istii'aab)

Sesungguhnya dia adalah pemimpin wanita dunia dan penghuni syurga yang paling utama, puteri kekasih Robbil'aalamiin, dan ibu dari Al-Hasan dan Al-Husein. Az-Zubair bin Bukar berkata :"Keturunan Zainab telah tiada dan telah sah riwayat, bahwa Rasulullah SAW menyelimuti Fathimah rha. dan suaminya serta kedua puteranya dengan pakaian seraya berkata :"Ya, Allah, mereka ini adalah ahli baitku. Maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya." ["Siyar A'laamin Nubala', juz 2, halaman 88]

Imam Muslim menceritakan kepada kita tentang keutamaan-keutamaannya dan meriwayatkan dari Aisyah' ra. dia berkata : "Pernah isteri-isteri Nabi SAW berkumpul di tempat Nabi SAW. Lalu datang Fathimah rha. sambil berjalan, sedang jalannya mirip dengan jalan Rasulullah SAW. Ketika Nabi SAW melihatnya, beliau menyambutnya seraya berkata :"Selamat datang, puteriku." Kemudian beliau mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu dia berbisik kepadanya. Maka Fathimah rha. menangis dengan suara keras. Ketika melihat kesedihannya, Nabi SAW berbisik kepadanya untuk kedua kalinya, maka Fathimah rha. tersenyum. Setelah itu aku berkata kepada Fathimah rha. :Rasulullah SAW telah berbisik kepadamu secara khusus di antara isteri-isterinya, kemudian engkau menangis!" Ketika Nabi SAW pergi, aku bertanya kepadanya :"Apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu ?" Fathimah rha. menjawab :"Aku tidak akan menyiarkan rahasia Rasul Allah SAW." Aisyah berkata :"Ketika Rasulullah SAW wafat, aku berkata kepadanya :"Aku mohon kepadamu demi hakku yang ada padamu, ceritakanlah kepadaku apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu itu ?" Fathimah rha. pun menjawab :"Adapun sekarang, maka baiklah. Ketika berbisik pertama kali kepadaku, beliau mengabarkan kepadaku bahwa Jibril biasanya memeriksa bacaannya terha.dap Al Qur'an sekali dalam setahun, dan sekarang dia memerika bacaannya dua kali. Maka, kulihat ajalku sudah dekat. Takutlah kepada Allah dan sabarlah. Aku adalah sebaik-baik orang yang mendahuluimu." Fathimah rha. berkata :"Maka aku pun menangis sebagaimana yang engkau lihat itu. Ketika melihat kesedihanku, beliau berbisik lagi kepadaku, dan berkata :"Wahai, Fathimah, tidakkah engkau senang menjadi pemimpin wanita-wanita kaum Mu'min atau ummat ini ?" Fathimah rha. berkata :"Maka aku pun tertawa seperti yang engkau lihat."

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :"Datang Fathimah rha. kepada Nabi SAW meminta pelayan kepadanya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya : "Ucapkanlah :"Wahai Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang agung. Wahai, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku berlindung kepada- Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkau- lah awal dan tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkau-lah yang akhir dan tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang batin dan tiada sesuatu di bawah- Mu. Lunaskanlah utangku dan cukupkan aku dari kekurangan." (HR. Tirmidzi)

Inilah Fathimah rha. binti Muhammad SAW yang melayani diri sendiri dan menanggung berbagai beban rumahnya. Thabrani menceritakan, bahwa ketika kaum Musyrikin telah meninggalkan medan perang Uhud, wanita- wanita sahabah keluar untuk memberikan pertolongan kepada kaum Muslimin. Di antara mereka yang keluar terdapat Fathimah. Ketika bertemu Nabi SAW, Fathimah rha. memeluk dan mencuci luka-lukanydengan air, sehingga darah semakin banyak yangk keluar. Tatkala Fathimah rha. melihat hal itu, dia mengambil sepotong tikar, lalu membakar dan membubuhkannya pada luka itu sehingga melekat dan darahnya berhenti keluar." (HR. Syaikha dan Tirmidzi)


Dalam Peperangan

Dalam kancah pertarungan tampaklah peranan puteri Muslim supaya menjadi teladan yang baik bagi pemudi Muslim masa kini. Pemimpin wanita penghuni Syurga Fathimah Az-Zahra', puteri Nabi SAW, di tengah-tengah pertempuran tidak berada dalam sebuah panggung yang besar, tetapi bekerja di antara tikaman-tikaman tombak dan pukulan- pukulan pedang serta hujan anak panah yang menimpa kaum Muslimin untuk menyampaikan makanan, obat dan air bagi para prajurit. Inilah gambaran lain dari puteri sebaik-baik makhluk yang kami persembahkan kepada para pengantin masa kini yang membebani para suami dengan tugas yang tidak dapat dipenuhi.

Ketika Nabi SAW terluka dalam Perang Uhud, dia keluar bersama wanita-wanita dari Madinah menyambutnya agar hatinya tenang. Ketika melihat luka-lukanya, Fathimah rha. langsung memeluknya. Dia mengusap darah darinya, kemudian mengambil air dan membasuh mukanya. Betapa indah situasi di mana hati Muhammad SAW berdenyut menunjukkan cinta dan sayang kepada puterinya itu. Seakan-akan kulihat Az-Zahra' a.s. berlinang air mata dan berdenyut hatinya dengan cinta dan kasih sayang. Selanjutnya, inilah dia, Az-Zahra', puteri Nabi SAW, puteri sang pemimpin. Dia memberi contoh ketika keluar bersama 14 orang wanita, di antara mereka terdapat Ummu Sulaim binti Milhan dan Aisyah Ummul Mu'minin rha. dan mengangkut air dalam sebuah qeribah dan bekal di atas punggungnya untuk memberi makan kaum Mu'minin yang sedang berperang menegakkan agama Allah SWT.


Perkawinannya dengan Sayyidina Ali

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikawinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan karena kemiskinan itu, untuk membayar mas kawin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkawin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelari Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan depan dalam tentera Islam. Maka dari itu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap ridho dengan suaminya.

Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah rha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mengambilnya dari sumur yang 40 hasta dalamnya, di tengah teriknya matahari padang pasir. Kadangkala dia lapar sepanjang hari. Sering dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, Sayidatina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesalahannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Ketika dilihatnya raut muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari bersama anaknya mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, niscaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasehat kepada puterinya itu ketika masalah itu sampai ke telinga baginda.

Begitu tinggi kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sopan di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidatina Fatimah itu bukanlah disengaja. Bukan juga dia membentak-bentak, marah-marah, meninggikan suara, bermasam muka, atau lain-lain yang menyusahkan Sayidina Ali. Meskipun demikian Rasulullah SAW berkata begitu terhadap Fatimah.


Pribadi yang Sederhana

Ali ra. berkata :"Aku menikahi Fathimah, sementara kami tidak mempunyai alas tidur selain kulit domba untuk kami tiduri di waktu malam dan kami letakkan di atas unta untuk mengambil air di siang hari. Kami tidak mempunyai pembantu selain unta itu." Ketika Rasulullah SAW menikahkannya (Fathimah), beliau mengirimkannya (unta itu) bersama satu lembar kain dan bantal kulit berisi ijuk dan dua alat penggiling gandum, sebuah timba dan dua kendi. Fathimah rha. menggunakan alat penggiling gandum itu hingga melecetkan tangannya dan memikul qirbah (tempat air dari kulit) berisi air hingga berbekas pada dadanya. Dia menyapu rumah hingga berdebu bajunya dan menyalakan api di bawah panci hingga mengotorinya juga. Inilah dia, Az-Zahra', ibu kedua cucu Rasulullah SAW :Al-Hasan dan Al-Husein. Fathimah rha. selalu berada di sampingnya, maka tidaklah mengherankan bila dia meninggalkan bekas yang paling indah di dalam hatinya yang penyayang. Dunia selalu mengingat Fathimah rha. , "ibu ayahnya, Muhammad", Al-Batuul (yang mencurahkan perha.tiannya pada ibadah), Az-Zahra' (yang cemerlang), Ath-Thahirah (yang suci), yang taat beribadah dan menjauhi keduniaan. Setiap merasa lapar, dia selalu sujud, dan setiap merasa payah, dia selalu berdzikir.

Inilah dia, Fathimah Az-Zahra'. Dia hidup dalam kesulitan, tetapi mulia dan terhormat. Dia telah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga berbekas pada tangannya. Dia mengangkut air dengan qirbah hingga berbekas pada dadanya. Dan dia menyapu rumahnya hingga berdebu bajunya. Ali ra. telah membantunya dengan melakukan pekerjaan di luar. Dia berkata kepada ibunya, Fathimah binti Asad bin Hasyim :"Bantulah pekerjaan puteri Rasulullah SAW di luar dan mengambil air, sedangkan dia akan bekerja di dalam rumah :yaitu membuat adonan tepung, membuat roti dan menggiling gandum." Tatkala suaminya, Ali, mengetahui banyak hamba sahaya telah datang kepada Nabi SAW, Ali berkata kepada Fathimah, "Alangkah baiknya bila engkau pergi kepada ayahmu dan meminta pelayan darinya." Kemudian Fathimah rha. datang kepada Nabi SAW. Maka beliau bertanya kepadanya :"Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku ?" Fathimah rha. menjawab :"Aku datang untuk memberi salam kepadamu." Fathimah rha. merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokan harinya, Nabi SAW datang kepadanya, lalu bertanya : "Apakah keperluanmu ?" Fathimah rha. diam. Ali ra. lalu berkata :"Aku akan menceritakannya kepada Anda, wahai Rasululllah. Fathimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas di dadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada Anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan dari Anda, yang bisa membantunya guna meringankan bebannya." Kemudian Nabi SAW bersabda :"Demi Allah, aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni Shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punya uang untuk nafkah mereka, tetapi aku jual hamba sahaya itu dan uangnya aku gunakan untuk nafkah mereka." Maka kedua orang itu pulang. Kemudian Nabi SAW datang kepada mereka ketika keduanya telah memasuki selimutnya. Apabila keduanya menutupi kepala, tampak kaki-kaki mereka, dan apabila menuti kaki, tampak kepala-kepala mereka. Kemudian mereka berdiri. Nabi SAW bersabda :"Tetaplah di tempat tidur kalian. Maukah kuberitahukan kepada kalian yang lebih baik daripada apa yang kalian minta dariku ?" Keduanya menjawab :"Iya." Nabi SAW bersabda: "Kata-kata yang diajarkan Jibril kepadaku, yaitu hendaklah kalian mengucapkan : Subhanallah setiap selesai shalat 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Apabila kalian hendak tidur, ucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan takbir (Allahu akbar) 33 kali."

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini karena Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa bagi janda dan anak yatim di Madinah.

Imam Adz-Dzhabi telah meriwayatkan bahwa Fathimah rha. pernah mengeluh kepada Asma' binti Umais tentang tubuh yang kurus. Dia berkata :"Dapatkah engkau menutupi aku dengan sesuatu ?" Asma' menjawab :"Aku melihat orang Habasyah membuat usungan untuk wanita dan mengikatkan keranda pada kaki-kaki usungan." Maka Fathimah rha. menyuruh membuatkan keranda untuknya sebelum dia wafat. Fathimah rha. melihat keranda itu, maka dia berkata :"Kalian telah menutupi aku, semoga Allah menutupi aurat kalian." (Siyar A'laamin Nubala). Semacam itu juga dari Qutaibah bin Said ...dari Ummi Ja'far.

Ibnu Abdil Barr berkata :"Fathimah adalah orang pertama yang dimasukkan ke keranda pada masa Islam." Dia dimandikan oleh Ali dan Asma', sedang Asma' tidak mengizinkan seorang pun masuk. Ali ra. berdiri di kuburnya dan berkata : Setiap dua teman bertemu tentu akan berpisah dan semua yang di luar kematian adalah sedikit kehilangan satu demi satu adalah bukti bahwa teman itu tidak kekal Semoga Allah SWT meridhoinya. Dia telah memenuhi pendengaran, mata dan hati. Dia adalah 'ibu dari ayahnya', orang yang paling erat hubungannya dengan Nabi SAW dan paling menyayanginya.

Dalam mendidik kedua anaknya, Fathimah rha. memberi contoh : Adalah Fathimah rha. menimang-nimang anaknya, Al-Husin seraya melagukan :"Anakku ini mirip Nabi, tidak mirip dengan Ali." Dia memberikan contoh kepada kita saat ayahandanya wafat. Ketika ayahnya menjelang wafat dan sakitnya bertambah berat, Fathimah rha. berkata : "Aduh, susahnya Ayah!" Nabi SAW menjawab :"Tiada kesusahan atas Ayahanda sesudah hari ini." Tatkala ayahandanya wafat, Fathimah rha. berkata :
"Wahai, Ayah, dia telah memenuhi panggilang Tuhannya. Wahai, Ayah, di surga Firdaus tempat tinggalnya. Wahai, Ayah, kepada Jibril kami sampaikan beritanya."

Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.


Fathimah az-zahra rha. dan Gilingan Gandum

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta Ali (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat". (Syarah 'Uquudil lijjaiin-Syaikh Muhammad Nawawi Al-Bantani)


Perawi Hadits

Fathimah rha. telah meriwayatkan 18 hadits dari Nabi SAW. Di dalam Shahihain diriwayatkan satu hadits darinya yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim dalam riwayat Aisyah. Hadits tersebut diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Dawud. Ibnul Jauzi berkata: "Kami tidak mengetahui seorang pun di antara puteri-puteri Rasulullah SAW yang lebih banyak meriwayatkan darinya selain Fathimah rha. "










Monday, September 22, 2008

Buat sahabat2 seperjuangan

Sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya


kerana sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu


sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan


sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan


dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam



******************************


Kawan2, teman2, sahabat2 sekalian..
kesedihan,kesulitan tidak akan pernah hilang
hanya dengan kita meninggalkannya,
tetapi akan lebih baik jika kita
dengan hati yang lapang menerimanya,
menganggap kesulitan & kesedihan tersebut
adalah bagian dari episode hidup kita,
dengan begitu kita akan lebih sedar bahawa
sebenarnya hidup ini indah,
& kita akan selalu bersyukur bahwa kita di miliki oleh
Yang Maha Pengasih…

Setiap manusia itu pasti memiliki masalah dalam hidupnya
terutama dalam kehidupan pribadinya sendiri.
Keranaitulah kita pasti memerlukan seorang
teman dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi
agar semuanya dapat diatasi dgn sebaiknya.



**Bertemu lg di lain entri**
Salam
:)


Monday, September 1, 2008

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak



Tak terasa bulan puasa sudah di pelupuk mata...
Esok umat Islam akan menjalani ibadah puasa
untuk hari pertamanya selama 30 hari ke depan.
Tak lupa kami di Teratak Aura a.k.a warga Blok A ingin mengucapkan
selamat menjalani ibadah puasa
dan semoga berkahnya membawa nikmat yang berlimpah.
Aminn.


Doa ini diberi oleh ayah moderator..
marilah kita sama2 memohon agar amal ibadah kita
sepanjang ramadhan ini diterima Allah SWT...



Selamat beramal!!
:)






Thursday, August 28, 2008

Zainab Al Kubra R.A. - Cucu Wanita Rasulullah yang Tabah

ZAINAB AL KUBRA R.A. , Seorang wanita cucu Rasulullah SAW, yang begitu tabah dan tetap tegar menghadapi ujian dan cobaan, demi kemuliaan keturunan Rasulullah SAW.

Menulis tentang Sitti Fatimah Azzahra dengan meninggalkan begitu saja kedua puterinya, rasanya memang kurang adil. Apalagi kalau yang dibicarakan itu menyangkut puterinya yang bernanna Zainab Al-Kubra. Ia tercatat dalam sejarah Islam sebagai wanita yang tabah dan gagah berani Seperti diketahui, di samping kedua puteranya yang termasyhur itu, dalam perkawinannya dengan Imam Ali r.a., Sitti Fatimah Azzahra juga diberkahi oleh Allah s.w.t. dengan dua orang puteri. Mereka itu adalah Zainab Al-Kubra dan Zainab Ash-Sugra. Bersama dengan Al-Hasan dan Al-Husain r.a., kedua wanita itu sudah sejak masa anak-anak ditinggalkan untuk selamalamanya oleh ibundanya. Dalam usia yang masih muda sekali ini, sesaat sebelum wafat Sitti Fatimah r.a. telah berpesan khusus kepada Zainab Al-Kubra agar ia menjaga baik-baik kedua saudara lelakinya itu.

Memang, beban yang terberat bagi Sitti Fatimah Azzahra sebelum meninggal dunia rupanya adalah keempat anaknya yang masih kecil-kecil itu. Dikisahkan bahwa sesaat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir Sitti Fatimah r.a. tak dapat menahan kepedihan hatinya. Ia harus memenuhi panggilan Ilahi pada usia yang begitu muda, 28 tahun. Sedangkan anak-anaknya belum satu pun yang mencapai usia sepuluh tahun.

Sesudah itu pada usia masih remaja, bahkan masih anak-anak, Zainab Al-Kubra sudah diserahi tanggung jawab untuk menjaga adik-adik dan merawat kakak-kakaknya. Tidak banyak yang bisa diungkapkan mengenai peran masa anak-anak yang dilakukan oleh kedua puteri Sitti Fatimah Azzahra itu. Riwayat-riwayat hanya mengungkapkan kehidupan dan perkembangan Al Hasan dan Al Husain r.a. Hal ini tidak perlu diherankan, karena dunia kehidupan Arab yang keras jarang sekali mengedepankan peran seorang wanita. Jadi walaupun Zainab Al-Kubra dan Zainab Ash Sugra termasuk dalam lingkungan keluarga sangat mulia nama mereka jarang sekali ditonjolkan.

Baru beberapa tahun kemudian setelah Zainab Al Kubra meningkat remaja, maka peranannya diungkapkan oleh para periwayat. Sejarah akhirnya mencatat namanya dan mengakui peran penting yang dijalankan oleh Zainab Al Kubra dalam melindungi kesinambungan generasi penerus keluarga RASUL Allah s a w. Bagaimana pun juga, walau Zainab Al Kubra seorang wanita, tetapi ada darah kemuliaan dan kesucian yang mengalir dalam tubuhnya. Sejak masa anak-anak ia telah turut memikul tanggung jawab kehidupan rumahtangga Imam Ali r.a. yang ditinggal wafat oleh Sitti Fatimah Azzahra. Zainab Al Kubra dengan tekun dan tabah melaksanakan amanat yang ditinggalkan oleh bundanya sesaat sebelum wafat. Dengan penuh tanggung jawab dirawatnya adik-adik dan kedua kakaknya itu. Boleh dikatakan ia tak pernah berpisah jauh dari kedua saudara lelakinya itu.

Tidak ada pengungkapan mengenai kelanjutan kehidupan Zainab Ash-Sugra. Sedangkan tentang Zainab Al Kubra justru makin menonjol setelah Al-Husain r.a. gugur di Karbala. Wanita inilah pada usia sudah lebih setengah abad tanpa mengebal gentar sedikit pun sedia mati untuk menyelamatkan keturunan langsung Rasul Allah s.a.w. Ia menjadi saksi hidup tentang siksaan yang dialami oleh saudara lelakinya itu sampai Al-Husain r.a. meninggal dengan gagah berani.







Monday, August 25, 2008

Jom Gotong Royong


Hari kejadian pun telah muncul..
maka dengan senang hatinya kami semua turun utk start kerja masing2...
[senang hati ke?? hiksss... sendiri jawab la.. =p]
kami telah pilih hari ahad = 270708
sebagai hari utk bergotong royong..

Tapi.......
ada tapinya..
kebetulan pulak hari tu tersama dengan program explorace blok E
so atas sebab2 yg tak dapek di elakkan
maka pengarah program n ajk kesenian telah jd bidan terjun
utk mewakili blok A..
:)


Tp itu tak menjadi masalah..
tanggungjawab pd hari kejadian sudah berpindah tgn..
[time tu jelah.. lain2 takde.. harap maklum.. =p]
so gotong royong berjalan dgn lancarnya..
berakhir sekitar jam 12 mcm tulah kalau tak silap..
Alhamdulillah..
selesai jugak akhirnya..

Ok,
jom tgk dorang yg gigih nak bergotong royong..
kami sangat berterima kasih kepada seluruh warga blok A..
kerana sanggup bg komitmen..
Terima kasih..
thank you...
Arigotana..
shie shie..
syukran..
kumoseyo!!..

Mucho Graciasss...
=)

::Masing2 bz ditempat masing2.. wahhhh bagus sudaaa::


::Sibuknya dorang buat kerja.. Sgt berdedikasi okehhh.. we like.. ;P::


::Yg ini bahagian A, Semua wing lah kiranya::


::Yang ni dekat bilik tv, wing, foyer n tangga::


::Rajin ok dorang wat keje, kira practise la utk masa hadapan.. wahhh.. terlebih sudaaa.. :D::


::Ye... Basuh sampai bersih ok kawan2.. lps ni leh la minum air sirap sedap.. heheheh =)::


::Ok korang... hampir siap dah ni... chaiyok2.. :)::


:: Habis kemas kita menghias pulak yer.. :) ::


Ok....
masa yg ditunggu2 sudah tiba..
riangnye dalam hati
senyum sampai ketelinga...
[opssss terover sudaaaa.. =p]
Tadaaaaaa




**************************


********************


**************


**********


*******


****


***


**


*



Ape lg nak tunggukan??
kami tau anda sume mesti penatkan..
meh2
kami dah siapkan utk korang sume...


::Jom Minum Air Sirap Sejuk yg Sedap.. :) ::


Korang dapat minum tak hari tu??
harap2 dapat la kan...
=)





**Jumpa lg di entri seterusnya!!**
Salam
:)






Last check before the duty is ON


Sblm hari kejadian tu kami2 jumpa kejap
utk pastikan smua benda yg diperlukan esok ada..
check2 itu n ini..
ada lah sket2 brg yang tak ada..
ape lagi kan..
berdesup la pegi cari segala barang2 yg dikehendaki..
wawawa..
nasib baik kedai bukak lg..
kalau tak...
haippp..
esok je lah ye pergi beli...
hehehe


Ape ek esoknya??
Tunggu~~~





Breefing Gotong Royong Blok A


Sebelum tiba ke hari kejadiannya,
harus la buat breefing sikit kan..
nnti tak la jadinya istilah
"tak tahu nak buat ape"


:: see.. ila yg baju biru tu bersungguh2 terang satu persatu dekat semua yg ada.. =) ::

Malam tu kami buat breefing dgn ketua/wakil rumah shj..
setiap ahli rumah dibahagikan kepada 3 group...
Group A - Aras n rumah masing2
Group B - Bilik Bacaan & Bilik Tv
Group C - Sekitar Blok A
lpstu mcm biasala kan..
tekankan ape yg penting dan perlu dibuat time gotong royong nnti..
barang nak amik dekat mana..
dan sebagainya....




so semua org dah dpt tugas..
boleh la jalankan tugas masing2 pd hari kejadian..
perjumpaan tu aroud 30 minutes je..

Kesimpulannya buat malam ini..
~Settled sudah satu benda~
bersambung esoknya..
=)

:: Semuanya sudah sedikit senang hati.. lalalalala ::



**See you guys on the next entry**
Salam
=)






Saturday, August 23, 2008

Suatu Kebahagiaan

Assalamualaikum teman2 seperjuangan..
ada sesuatu yg saya bawakan..
ingin dikongsikan dengan teman2 yg membaca..
Rugi rasanya kalau tidak disebarkan resepi kebahagiaan ini..
Selamat Berhujung Minggu.. 
:)
Pujangga pernah berkata:

"Setiap hari adalah hadiah,
dan selagi mataku ‘terbuka’,
aku akan memusatkan
perhatian pada hari yang baru
dan semua kenangan indah dan bahagia yang
pernah kualami dan kusimpan.
Hanya untuk kali ini dalam hidupku.
Umur yang sudah tua adalah seperti simpanan di bank.
Kita akan mengambil dari yang telah kita simpan.
Belajarlah untuk menyimpan sebanyak-banyaknya
kebahagiaan di bank kenangan kita."

*********

Teman teman
Ingat-ingatlah lima peraturan sederhana untuk menjadi bahagia :

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan fikiranmu dari segala kekhuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Give more

5. Expect less


**Bertemu lagi dilain entri**
Salam
=)

Monday, August 18, 2008

Majlis Perjumpaan Bersama Felo

:: Sblm majlis brmula ::

Selasa 15 July 2008
bertempat didewan Kolej Za'ba telah diadakan
majlis perjumpaan bersama felo Blok A & B..
Iaitu Puan Wan Asparizan dan En. Mohd Noor..
yang diacarakan oleh Juruacara dari Blok B
iaitu saudari Nurul Aqilah..


:: Suasana malam itu ::


Majlis bermula sekitar jam 8.45 malam..
Pada majlis kali ini Blok A dan Blok B
telah mengadakan perjumpaan secara bersama..
pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh felo Blok B
mengenai masalah disiplin pelajar
dan sahsiah diri yg harus dijaga..
Tidak lain tidak bukan dgnn niat yg satu iaitu
utk membimbing para pelajar supaya
menjadi insan yg berguna
bersesuaian dengan bidang yg diambil...

:: Para pelajar yg hadir pada malam itu ::


:: Turut hadir Mantan Ketua Blok A 07/08 dan ajk Blok A 07/08 ::



:: Para pelajar yg sedang mendengar taklimat yg diberikan ::





Kemudian Puan Izan pula menerangkan ttg
peraturan-peraturan kolej serta berpesan supaya
para penghuni tidak melanggar peraturan
jika tidak mahu dikenakan denda dan diambil tindakan disiplin..



:: Ajk Blok A & Ajk Blok B ::

Majlis pada malam itu diakhiri dengan Ucapan dari Ketua Blok A
dan wakil Ketua blok B beserta dgn
sesi soal jawab diantara pelajar dengan Felo dan Ketua Blok.

Dan acara wajib sblm pulang kerumah masing2..
apa lg kalau bkn bergambar kenang - kenangan bersama..
itu sudah semestinya..
=)




**Bertemu lg dilain Entri**
Salam
=)




Monday, July 28, 2008

Selamat Datang Semester Baru!!!

Bermulanya semester baru bermakna
sudah bermulalah saat utk kami menjalankan tugas yg diamanahkan..
Yeap!!
kami sgt teruja dan berdebar-debar..
berdebar-debar utk ape??
sebab kami semua bimbang jika tidak mampu
menjalankan tanggungjawab yg kami sendiri pilih ini dgn baik..
Smoga Allah sentiasa membantu kami..
Aminnn..
:)

Pembuka tirai sem ini kami mulakan dgn
aktiviti berniaga sempena hari pendaftaran
pelajar-pelajar baru ambilan Julai 2008/2009
bila bercerita ttg ambilan baru
mestilah mereka dtg lebih awal dr senior2 kan?
Jd kami pon turut serta memeriahkan lg hari pendaftaran tersebut..
:)


Waktu tu Blok A jual makanan yg verry the simple n shedap..
ape taknya..
Menu kami semudah ABC
Nakt taw ape kami jual??

Alahhhh sempoi ajer..
janji sedap n org suka banget..
Tadaaaaaa


**********
*******
****
***
**
*


::Menu Aura Corner Kite hari tu adalah
Nudget+Fries+Air Mineral & Kordiel+Keropok Lekor+Jagung manis::


:: See?? Bersungguh-sungguh ayu n ila nak masakkan Jagung manis tu.. ::


::Ohh ye, inilah pengarah program kami..
yg tgh2 tu, namanya Kak Aya.. Exco Keusahawanan Blok A::


:: Ketua Blok Kami.. Kak Dilla.. :) ::




Nak jadikan cerita, semua makanan yg dijual habis awal..
tak masuk tgh hari lg la time tu..
Puan Hamidah ada datang melawat n cakap kat kami carilah ape2
yang patut untuk dijual..
sbb nampaknya ramai student n parent yg baru datang..
Kami pon tak tau ape yg nak di jualkan..


Dan....
Nsib baik ada cik kak yg pandai masak ni..
dia la bg idea utk masak menu yg senang n sedap..
So ape lagi ditunggu
semua barang2 dah dibeli
mari bersilat didapur ye tuan2 dan puan2..


::Perkenalkan yg tgh peace tu..
Nurul namanya..
pandai masak tau.. jgn main2 na.. :) ::


::Kami yang membantu.. bantu je lah.. hehe ::




Settle jer masak mee goreng satu kuali..
kami nak masak Kueh Teow Goreng pulak..
tup2 hujan turun dengan lebatnya..
Cepat2la kami selamatkan harta benda..
kang lain plak yg jadi ye tak?


:: Lebat sungguh hujan time ni.. basah kuyup la jugak kami semua.. ::


:: Jiran sebelah pon basah jugak tau.. Kiranya sama2 basahlah kat sini.. =) ::



Dugaan yer disini..
time nih masing2 tiba2 dapat menyelami
perasaan org2 yg meniaga dekat tepi2 jalan tu..
Kita baru sehari pon tak sampai..
mereka tu setiap hari menghadapi benda yang sama..
Bersyukurla jadi Cikgu..
hehehe.. Tiba2 pulak yer..
=p
tp kira rezeki jugak la hari tu kan..
Kueh teow tu dapatlah jadi makan tgh hari kami..
Alhamdulillah..


**Bertemu lg dilain entri**
Salam
=)